Lirik Lagu Suasana Riang di Hari Raya – Junaidah M.Amin

in junaidah m. amin, lagu raya


Suasana Riang di Hari Raya – Junaidah M.Amin

Marilah adikku marilah bersamaku
Kutukarkan bajumu yang baru
Ramailah kawanmu yang telah menunggu
Cepatlah siap adikku

Panggillah kawanmu duduk keliling meja
Makanlah ketupat kuih-muih yang ada
Jangan rebut-rebut makanlah dengan tertib
Itulah pesan ibu

(*)
Kalau sudah makan jalan ramai-ramai
Bersama kawanmu semua
Bersalam-salaman bermaaf-maafan
Di hari bahagia ini

Alangkah girangnya di hari yang mulia
Kita semua berhari raya
Dengan hati ikhlas zahir batin sekata
Selamat hari raya

(Ulang *)

Leave a Comment

Previous post:

Next post: