Lirik Lagu Bila Takbir Bergema – Rafeah Buang

in lagu raya, rafeah buang



Bila Takbir Bergema – Rafeah Buang

Dengar-dengar itu bedok telah berbunyi

Sebulan puasa tamatlah hari ini

Lekaslah adikku hiaskan rumahmu

Biar serba baru untuk para tamu

Jangan kau lupa ketupat di dapur

Rendang di kuali jangan biar hangus

Cuba lihat itu kanak-kanak berlari

Di halaman rumah bermain bunga api

Bangunlah anakku pakai baju baru

Kawanmu semua telahpun menunggu

Dapatkan ayahanda sujud di kakinya

Serta jangan lupa nindamu kedua

Kita bermaaf dengan keikhlasan

Moga bertambah rahmat dari Tuhan

Dengar-dengar itu takbir sedang bergema

Hening dan mulia di pagi hari raya

Leave a Comment

Previous post:

Next post: