Lirik Aku Bukan Boneka – Fauziah Latiff

in fauziah latiff


Fauziah Latiff – Aku Bukan Boneka

Kau… berikan aku pedang berbulu bunga
Dan terpaksa aku pegang matanya
Walau luka menahan asmara
Duka lara yang ku pendam
Walau diri sengsara

Kau berikan aku mahligai permata
Ditengah lautan yang bergelora
Indah rupa isinya hampa
Kasih sayang ditengah gelombang
Cinta mu yang curang…

Hari berganti hari
Pahat tidak berbunyi
Janji tinggal janji
Tangisan dalam senyuman
Aku hidang kepada handai dan taulan
Namun kelihatan

Demi cinta
Tidak sanggup aku berpura-pura
Aku bukan boneka
Yang bernyawa…

Ku kan terus mengharap dan berdoa
Moga kau akan berubah hendaknya
Aku hanya seorang wanita
Lembut bukan bererti lemah…
Ku seorang wanita…
Lembut bukan bererti lemah…

Previous post:

Next post: