Lirik Lagu Harapan Tanpa Suara (Kempen Kami Prihatin) lyrics

in kempen kami prihatin



Harapan Tanpa Suara (Kempen Kami Prihatin)

Lagu : S. Atan
Lirik : Habsah Hassan

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Previous post:

Next post: